Jumaat, 18 Februari 2011


Selasa, 19 Januari 2010

Kenangan Di Gunung Kinabalu

Gambar-gambar ini diambil semasa dalam perjalanan menuju ke puncak Gunung Kinabalu pada 16 Januari 2010. Banyak rintangan yang perlu dilalui sepanjang perjalan.. paling mengecewakan tak dapat balik pada hari yang sama memandangkan hujan lebat yang mengakibatkan banjir.... takut hanyut ba sebab tangki milik pengusaha restoran di laban rata pun hanyut ba...Apapun yang bestnya pendakian ini adalah percuma kerana saya adalah krew pendakian solo 1Malaysia.



rehat dulu ba sikijap kan. makan pisang lu nanti tak ada tenaga. sambil2 tu bolehla ambi gambar sebagai kenang-kenagnan kan...



ceria walaupun sejuk. kalau gayat pegangla tali ya... inilah antara laluan yang paling menakutkan sebab kalau jatuh memang sakit jugalah..hahaha apapun berhati-hati di jalan raya. anda mampu mengubahnya..



I LOVE UMS.. kemuncak Gunung Kinabalu...

Ahad, 27 Disember 2009

Suasana mencabar di Kampung Gana, KM

Cabaran menuntut Tanggungjawab..



Tolong menolong. dalam apapun juga..pleaselah jangan pentingkan diri sendiri.



masih segar dalam ingatan.. kadang-kadang sedih juga melihat keadaan seperti ini berlaku di hadapan mata tetapai apakah ertinya??? sebenarnya ia memerlukan satu perubahan minda dikalangan penduduk kampung. kalau kita tidak bertindak.. siapa yang buat. hai warga kampung ku..jangan malu mengaku anda dari mana..jangan menyangkal asal usul anda. jika orang lain permata.. batu kah??? kita sama saja. yang membezakan kita ialah ilmu yang kita miliki.. jadi.. jomlah kita pertingkatkan tahap pendidikan kita. sekurang-kurangnya kalau orang makan-makan kita ada minum-minum juga, jangan sampai orng lain maka kita hanya mampu melihat nanti. elakkan sengketa antara kita. kalau bukan kita siapa lagi..kalau bukan sekarng..kapan lagi??? fikir2kan lah.



Beginilah keadaan di kampung saya sewaktu tiba musi hujan. kereta terpaksa tinggalkan di sini kerana tak dapat sampai ke kampung. jadi terpaksala berjalan kaki dari kampung sampai tempat ni. em sekejap jak ba.. palin-paling pun 3 jam la.






Video ini di ambil pada 7 hb 12 2009 sewaktu saya balik cuti sem 1.


adui na teruk ba kan..bagi saya it's ok la sebab da biasa tapi bagi yang tidak biasa macam manakan.. kepada rakan-rakan pelajar dan semua warga kampung gana sama sama la kita berusaha untuk memperbaiki keadaan..kalau boleh janganlah ada sengketa antara kita, marilah kita bersama-sama berjuang jika mahu maju..selamat berjuang. kepada semua pelajar dari kampung gana yang mengambil peperiksaan besar PMR,SPM dan STPM selamat berjuang.. jangan lupa bukitkan yang kita hebat, bukan untuk temberang tapi untuk buktikan yang kita mampu bersaing. P/S jangan lupa komen-komenlah di blog ini ar.. ini blog kita semua..



Perubahan Yang kami inginkan.









Ini adalah antara gambar yang sempat saya ambil ketika dalam perjalanan kembali ke UMS pada 14 hb 2010 yang Lalu.. enjoy juga la..


kami warga kampung Gana Kota Marudu, ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada DR. MAX kerana melihat keperluan kami. kami hargai semua.

Jumaat, 27 November 2009

My public holiday(UMS_KK)




sambil-sambil tungu kejohanan IPT BORNEO,,jomla jalan jalan... yang penting save money and take care our self..hapy oliday 4 u all

Isnin, 16 November 2009

UMS MEMORY

Semester 5!!!
Sem ni memang mencabar juga. banyak perjalanan dan Luas pemandangan lebih banyak pengetahuan. sem lima ni saya ambil subjek Teknik analisis ruang, Pengurusan Sisa pejal bandar, pengurusan dan pentadbiran tanah, penilaian dampak sosial, pengurusan dan polisi hutan, hutan dan komuniti dan teknik kerja lapangan yang kami jalankan sewaktu cuti peralihan semester di Bandaraya Miri. memang mencabar tapi berfaedah sangat.

ARRR..ini pula kenangan semasa saya kerja di ladang kelap sawit Ulu Tigasa Sook Keningau. syokk juga tapi yang saya tidak berapa tahan mandi air perigi yang tidak diiktiraf oleh kerajaan malaysia. Apa buli buat bila lagi nak rasa susah sepertimana ibu bapa saya bersusah paya menjaga saya sehingga sebesar kini. I LOVE MY FAMILY.. bertekad cemerlang untuk orang2 tersayang..

ha..seronoknya naik kereta ni..


Tak kira di mana, kalau hati da jadi gembira..memang gembiralah dia tu kan..








Picture ini diambil semasa menjalakan kerja lapangan di Jabata Perhutanan Kota Marudu pada bulan Ogos yang lalu. memang seronok walaupun cukup-cukup penat. selepas sahaja MIDTEM subjek Hutan dan Komuniti terus naik Viva dan jalan p KM. apapun terima ksaih kepada semua kawan-kawan yang jalan bersama dan yang tak jalan..

ar begitula sedikit sebanyak tentang aktiviti saya sepanjang sem ini


Semester ini memang mencabar bagi saya. tugasan belambak membuatkan saya leka dengan dunia akademik.kadang-kadang terlupa pula kawan-kawan. aisehmen mana ada gurauan saja. sebagai seorang mahasiswa jangan sekali-kali berputus asa dengan situasi kampus yang macam TUNGANG_TERBALIK.. biasalah bersusah-susah dahulu,nanti senang sikitlah. jangan pula bersusah-susah dahulu, bersusah-susah juga nanti.. to all my friends.. wakeup.. belajar dari kekurangan..hehehe motivasi sikit.





aku dan Calvin..hehehe



kenangan bersama keluarga angkat; Program Keluarga angkat dan motivasi pelajar Kampung Bariawa Ulu Keningau(16-18 okt. 2009)_INTERIM SEKSYEN 2



kenangan bersama Team work; Fieldwork floodplain Matupang River




kenangan sewaktu mengikuti program motivasi SMK TONGOD bersama pelajar geomorfologi UMS. 23-25. 10.2009



SMK Tongod..

Kampung Gana, Kota Marudu: Kg. Gana

Kampung Gana, Kota Marudu: Kg. Gana

Selamat Bercuti

Kenangan Sewaktu Fieldwork Di Miri.





Inilah Bukti saya suda sampai di Gua Niah, Sarawak.hehehe







Adui na panat betul o sem ini..banyak betul karaja dan kerja luar.. Apapun da ok da la.kini da tiba rehatkan minda dan sediakan hati untuk berjalan kaki balik kampung hehehe.. kepada semua rakan-rakan yang mengenali diri saya, saya ingin mengucapkan selamat bercuti. selamat menyambut hari natal 2009 dan tahun baru 2010.. God Bless Us..